Wednesday, January 6, 2010

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk NERAKA SAQAR ini? Mereka menjawab : Kami tidak termasuk dalam golongan orang - orang yang bersolat."
Al-Mudathsir : 42,43 )

SEKSAAN KETIKA DI DUNIA
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
SEKSAAN KETIKA MATI
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

SEKSAAN DI DALAM KUBUR
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit - sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Kiamat.

SEKSAAN DI AKHIRAT
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

DOSA - DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDU
SUBUH :
Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. (Satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia).
ZOHOR :
Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR :
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB :
Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK :
Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.
Allah berseru kepada mereka, " Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat - nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu solat zuhur dengan asar ( solat di akhir waktu zuhur dan diikuti solat asar sebaik sahaja masuk waktunya ).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan solatnya maka jawab baginda SAW " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia - siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan NERAKA WAIL ".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas " Iaitu orang yang melengah-lengahkan solat mereka sehingga sampai kepada waktu solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya ".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa - dosa besar ". (Riwayat Al-Hakim)

SEKSAAN ORANG - ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang tidak solat akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.

Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Kubur akan menghimpit - himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia - siakan solat Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan solat Zohor. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan solat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar mengheret orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2. Allah memandang pada orang yang tidak solat itu dengan pandangan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak solat."

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Thursday, December 24, 2009

KEMATIAN

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi
merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi
dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku
dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak
dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak
tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai
saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di tepi kubur masing-
masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di
muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu menjawab: "Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu,
Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."